Pages

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, November 21, 2013

Aktiviti Pasca UPSR 2013 - Memasak Donut

Salam... tahun 2013 agak mencabar sepanjang 6 tahun bergelar pendidik di sekolah rendah. Diberi amanah menjadi KP Matematik, Guru Kelas tahun 6 dan yang paling mencabar ialah penyelaras Tahun 6 di mana semua aktiviti kecemerlangan perlu dirancang sebaik mungkin. Alhamdulillah... sepanjang tiga tahun penubuhan SKMJ, inilah keputusan UPSR yang terbaik. Saya nak kongsikan dua aktiviti pasca UPSR iaitu 'Eksplorasi Sains' dan Memasak Donut. Entry ini adalah aktiviti memasak donut













Tuesday, May 10, 2011

Terima Kasih Guru....

Cikgu Faridah, ini lagunya ye... esok kita pilih bdk 5b ngan 5


http://www.youtube.com/watch?v=9cLshdu9cOE&feature=player_embedded
pagiku cerah matahari bersinar
kugendong tas merahku di pundak
slamat pagi semua
kunantikan dirimu
di depan kelasmu menantikan kami
guruku tersayang
guruku tercinta
tanpamu apa jadinya aku
tak bisa baca tulis
mengerti banyak hal
guruku terima kasihku
nakalnya diriku kadang buatmu marah
namun segala maaf kau berikan
guruku tersayang
guruku tercinta
tanpamu apa jadinya aku
tak bisa baca tulis
mengerti banyak hal
guruku terima kasihku
---

Monday, May 9, 2011

Hari Guru 2011




Suka tengok guru-guru Pendidikan Khas SK Desa Bakti yang sangat kreatif dan bermuafakat. Moga ikatan persahabatan kian kukuh dan diredhai Allah

Sunday, May 1, 2011

Soalan 2 Ujian 1 Teknologi, pengajaran dan penaksiran

Assalamualaikum.... saya tidaklak pakar dalam menyelesaikan soalan ni tp sy nak kongsi je la apa yang saya agak macam betul ni....

Pendekatan inkuiri tu maksudnya bdk cuba lakukan penyiasatan.... kenapa akan berlaku sesuatu. Contohnya, rumus apa-apa. Induktif tu maksudnya dari umum kepada khusus. Maksudnya, daripada pelbagai perkara, murid akan buat kesimpulan satu perkara. Terbimbing pulak, maksudnya guru bagi sedikit panduan macam mana nak lakukan penyiasatan. Contoh, soalan2 yang menjurus kepada tindakan murid.
Mula-mula cuba rancang satu p&p yang ada ciri-ciri diatas. Contohnya :
Maths – luas segitiga, purata, perimeter, 1kg=1000g dsb
BI – Plural dan singular ( ada s atau tiada s ), many and much, was dengan were dan dsb.
Sains – Daya geseran, keperluan asas benda hidup atau mana2 eksperimen.
Bm – Semua ayat majmuk ada kata hubung


1.            Kaedah inkuiri induktif terbimbing merupakan salah satu kaedah yang boleh digunakan bagi menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penyiasatan tentang perhubungan antara pembolehubah.

a.    Kenal pasti satu hasil pembelajaran bagi setiap domain hasil pembelajaran yang boleh dicapai melalui aktviti tersebut di atas.
[6 markah]
Domain tu maksudnya objektif dari segi kognitif, psikomotor dan afektif. Buat 3 objektif p&p ni. Satu domain satu objektif.

b.    Beri justifikasi pemilihan hasil pembelajaran iaitu mengapakah anda berpendapat hasil pembelajaran yang anda pilih itu boleh dicapai dengan melaksanakan pengajaran dan pembelajarannya melalui kaedah ini?
[6 markah]
Ulas setiap domain diatas dan kaitkan dengan maksud pendekatan inkuiri induktif terbimbing macam yg diterangkan kata atas.
c.    Jana dan huraikan dengan terperinci aktiviti pengajaran dan pembelajaran semasa fasa kedua pengajaran (menstruktur/menstruktur semula idea) mengikut model pengajaran 4-fasa dengan memberikan contoh-contoh spesifik merujuk kepada tajuk yang dipilih dengan peruntukan masa lebih kurang 30 minit.
[28 markah]
Buat langkah aktiviti p&p satu persatu.
Contohnya, mencari luas segitiga, luas segitiga ialah separuh luas segiempat. Rancang p&p yang menghendaki murid mencari luas segi empat. Potong segi 4 itu kepada dua bahagian yang sama supaya jadi segi tiga. Jadi, murid dapat buat kesimpulan sendiri yang luas segitiga sama dengan ½ luas segi4.
Cikgu-cikgu kena merancang satu p&p yang dilakukan oleh murid-murid sendiri sehingga mereka dapat membuat satu kesimpulan. Jangan beritahu pada murid apa yang akan mereka dapat diakhir p&p sehinggalah mereka menemuinya sendiri. Jangan lupa selitkan soalan ataupun gambarajah bantuan atau apa-apa maklumat yang dapat membantu murid melaksanakan aktiviti. ( itulah maksudnya guided )

d.    Apakah ciri utama dalam aktiviti yang anda janakan itu yang menunjukkan pengajaran dan pembelajaran itu mengaplikasi pendekatan inkuiri induktif terbimbing?
[4 markah]
Tulis aktiviti apa tadi yg menunjukkan cikgu suruh budak siasat (inkuiri). Pastu, tulis apa kesimpulan akhir bdk buat (induktif) dan bagaimana cikgu menyediakan panduan utk murid laksanakan (terbimbing)

e.    Huraikan dengan ringkas aktiviti fasa 2 menggunakan kaedah inkuiri terbimbing yang tidak melibatkan penyiasatan perhubungan antara pembolehubah.
[8 markah]

Yg ni.... sy pun hentam je...






SOALAN TAMAT

Monday, April 4, 2011

Anak-anakku sayang....

dyna, muish dan nia...
mama kena kuat menghadapi apa jua rintangan yang mendatang... kesibukan dalam kerja dan pelajaran kadang-kadang sangat membataskan kita bersama...

anak-anakku, kebahagiaan yang kita miliki sekarang, sama ada kakak dan abang disamping mama, juga nia disamping allah, amat mama syukuri... ketahuilah anak-anakku sayang... mama sangat mempercayai allah. mama sangat meyakini tuhan kita, akan sampai masanya kelak, kita semua akan berbahagia di syurga kelak...

mama dan babah berdoa, apa yang kita cari di dunia ini adalah untuk akhirat jua....
ilmu yang kita cari didunia ini juga untuk keperluan akhirat juga


Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami keberkatan ilmu pengetahuan... lapangkanlah dada kami untuk menerima ilmu.... lapangkan juga hati anak-anak kami menerima ilmu, lapangkan juga hati anak-anak didik kami menerima ilmu...

Ya allah Ya Rahman Ya Rahim...
maanfaatkanlah ilmu kami ini buat semua anak-ank kami dan anak-anak didik kami...
moga mereka dapat menggunakan ilmu yang telah kami ajari ini ke arah keredhaanmu ya Allah....

Ya Allah, janganlah engkau tumbuhkan sifat bongkak dan angkuh dalam diri kami... tetapkan niat kami ini untuk berbakti kepadaMu ya Allah....Kau yang Maha Mengetahui dan Mengasihi... kuatkan hati mama, babah dan ayah dalam menuntut ilmu...
amin Ya Rabbal 'Alamin